UPIM Slideshow

Nukilan Terkini

27 December 2008

Tahun Baru Hijrah 1430

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, lontarkanlah kalimah kesyukuran kepada Allah di atas rahmat dan nikmatnya kita dapat bersua lagi di
Tahun Baru Hijrah 1430 pada 29.12.2008m bersamaan 1 Muharam 1430h. Sambutlah dan raikanlah rahmat kurniaan Allah ini dengan cara yang sewajarnya..
Semoga di tahun baru hijrah ini, kita semua diberi kemudahan dan kelancaran untuk melaksanakan segala suruhan Allah di samping kekuatan dan kesabaran untuk meninggalkan segala larangan Allah.
Selamat maju jaya dan selamat menyambut tahun baru hijrah 1430.

Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum sahabat.....
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1429h / 2008m...
Tunaikanlah ibadah korban kerana Allah S.W.T. InsyaAllah semuanya diberi ganjaran di sisi Allah.

16 November 2008

Assalamualaikum...
Selamat bercuti kepada semua sahabat UPIMSriaman. Semoga kesempatan yang kita ada ini diisikan bersama keluarga tersayang.. Selamat bersua kembali tanggal 05.01.2009

10 November 2008

Berita Perpindahan Warga UPIM 2008

Assalamualaikum...
UPIMSriaman
mengucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah mendapat kelulusan berpindah ke stesyen bertugas yang baru. UPIM juga merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan sahabat-sahabat sepanjang berkhidmat di Sri Aman ini khususnya dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah. Semoga jasa baik sahabat-sahabat akan diberi ganjaran di sisi ALLAH s.w.t.

a. Pertukaran Antara Negeri

1. Ustaz Mokhtar bin Omar (SK Abang Aing) - Negeri Perak
2. Ustaz Ahmad Sharifuddin (SK Kem Skrang) - Negeri Pulau Pinang

b. Pertukaran Antara Bahagian

1. Ustaz Wan Zalmi (SK Gran Stumbin) - Bahagian Samarahan
2. Ustazah Dyg. Nor Aieda (SK Chung Hua Engkilili) - Bahagian Kuching

c. Pertukaran Dalam Bahagian

1. Ustaz Amberi bin Mamat (SK Lela Pahlawan) - SK Abang Aing
2. Ustaz Shazerri (SK Ridan) - SK Abang Aing
3. Ustaz Ahmad Syakir bin Azizan (SK Tanjung Bijat) - SK Agama (MIS)


*maklumat terperinci sahabat-sahabat yang berpindah akan dimaklumkan di masa hadapan*

06 November 2008

Data j-QAF

Assalamualaikum.
Terima kasih dan tahniah kepada sekolah-sekolah (j-QAF) yang telah berjaya menghantar laporan prestasi j-QAF untuk Data Oktober 2008. Sekiranya terdapat sebarang masalah, ustaz dan ustazah boleh menghubungi J/U Data j-QAF Sri Aman iaitu Ustaz Ahmad Syakir di upimsriaman@gmail.com

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak 2008

السلام عليكم ورحمة الله
ٍ
Seramai 30 orang peserta dari Bahagian Sri Aman menyertai majlis ini dengan diiringi oleh 8 orang guru pengiring. Majlis ini diadakan di Dewan Tan Sri Steven Kalong Lingkan, Betong dan dirasmikan oleh Pehin Sri Taib bin Mahmud (CM)
Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan guru pengiring dalam menjayakan majlis ini. Semoga Bahagian Sri Aman dapat menganjurkan Majlis yang berprestij ini di masa hadapan.
Sama-sama kita tingkatkan martabat al-Quran di kalangan umat Islam.

"Generasi Al-Quran, Generasi Terbilang"

Lambaian Kaabah


Assalamualaikum sahabat sekalian.
Dalam kita menuju kejayaan dan kebahagiaan di dunia ini, janganlah kita lupa dan lalai dengan tujuan dan wawasan kita untuk bertemu ALLAH nanti..
Marilah kita semua menyimpan niat untuk menuju ke Baitullah. Selamat menunaikan haji kepada semua umat Islam..