UPIM Slideshow

Nukilan Terkini

22 June 2009

3 lagi kes tempatan, 2 sekolah ditutup

Tiga lagi kes penularan tempatan wabak jangkitan influenza A (H1N1) dikesan di negara ini, menjadikan semuanya tujuh kes, tidak termasuk 51 kes import.

"Kesemua lima kes import dan tiga jangkitan tersebut adalah warganegara Malaysia.

"Lima kes import adalah dari Australia (2 kes), United kingdom (1), Manila (1) dan Phuket (1)," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Akibat penularan tempatan ini, sebuah lagi sekolah ditutup mulai hari ini dan tiga lagi bilik darjah di tiga buah sekolah masing-masing di Cheras, Petaling Jaya dan Shah Alam diarah berbuat demikian.

"Buat masa ini dua buah sekolah iaitu SRJK(C) Jalan Davidson, Kuala
Lumpur dan SRK Assunta 2, Petaling Jaya, telah ditutup bermula
masing-masing pada 21 Jun dan 22 Jun.

"Sementara itu bagi Seri Cempaka International School, Batu 9 Cheras, Selangor; SMK Seksyen 9 Shah Alam dan SMK Damansara Utama, Petaling Jaya di mana satu kelas sahaja telah diarah tutup di sekolah masing-masing bermula 22.

"Semua penutupan ini dilaksanakan sehingga 26 Jun 2009. Manakala bagi SM Wangsa Maju, Kuala Lumpur, satu kelas juga diarah tutup sehingga 25 Jun," kata beliau dalam kenyataan yang sama.

Sumber:Malaysiakini

No comments: