UPIM Slideshow

Nukilan Terkini

27 June 2009

H1N1: Kes tempatan ke-16 dikesan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun menjadi mangsa jangkitan wabak selesema A (H1N1) di Pulau Pinang - menjadi kes ke-16 penularan tempatan sejak lebih seminggu lalu.

Setakat pagi tadi, jumlah keseluruhan 112 kes sejak 15 Mei, peningkatan tujuh lagi kes baru, termasuk enam kes import.

Empat buah sekolah yang diarahkan ditutup selama seminggu akan dibuka Isnin ini.

Sekolah-sekolah tersebut: SRK Jalan Davidson, Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka, SRK Assunta 1 dan SRK Assunta 2.

Tiga buah lagi sekolah yang diarah masing-masing menutup sebuah kelas akan dibuka minggu depan.

Hanya dua kelas di SMK Abdul Rahim 2 di Kudat, Sabah akan terus ditutup sehingga 29 Jun susulan seorang guru wanitanya, 24 tahun, dijangkiti wabak itu selepas pulang dari Turki.

Sumber:Malaysiakini

No comments: