kemaskini 4.11pm Dua buah lagi sekolah ditutup - menjadikan jumlahnya empat buah sejak kelmarin - selama seminggu bagi mengekang penularan tempatan wabak selesema A (H1N1).
Seri Cempaka International School di Batu 9, Cheras ditutup sehingga Sabtu ini, manakala SRK Assunta 1 di Petaling Jaya ditutup dalam tempoh yang sama.
Kelmarin, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2 di Petaling Jaya ditutup semalam.
Sebuah bilik darjah Seri Cempaka International School di Batu 9 Cheras semalam diarah ditutup apabila pelajarnya dijangkiti wabak tersebut.
Sementara SRK Assunta 1 berkongsi bangunan dan kawasan yang sama dengan SRK Assunta 2.
Dua lagi kes tempatan disahkan hari ini, menjadikan jumlah kesemuanya sembilan sejak 17 Jun.
Jumlah kes tersebut dan lapan lagi kes import menjadikan semuanya 68 kes influenza A (H1N1) di seluruh negara sejak kes pertama 15 Mei lalu.
Sementara tiga lagi sekolah diarah menutup masing-masing satu kelas: SMK Seksyen 9 di Shah Alam, SMK Damansara Utama di Petaling Jaya dan SM Wangsa Maju di Kuala Lumpur.
Sumber:Malaysiakini
No comments:
Post a Comment