UPIM Slideshow

Nukilan Terkini

24 June 2009

H1N1 kini 80 kes, 2 tempatan

kemaskini 3.52pm Penularan tempatan wabak selesema A (H1N1) terus berlaku dengan dua kes lagi disahkan hari ini, menjadikan jumlahnya 11 sejak kes awal seminggu lalu.

Jumlah tersebut, termasuk 10 kes import yang baru disahkan, menjadikan semuanya 80 kes di seluruh negara sejak 15 Mei lepas.

Satu daripada kes tersebut dilaporkan di Johor apabila seorang pelajar wanita 19 tahun yang pulang dari Melbourne disahkan positif.

Mangsa menaiki penerbangan Singapura SQ0238 yang mendarat di Changi dua hari lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata daripada keseluruhan kes terbaru, tiga melibatkan warga asing, Yaman (dua orang) dan Indonesia (1), manakala selebihnya rakyat
tempatan yang melawat di negara-negara terjejas dengan wabak
itu.

"Bilangan sekolah yang ditutup masih kekal empat sekolah dan tiga sekolah kekal diarah tutup satu daripada kelasya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa teknikal kebangsaan mengenai influenza A (H1N1) hari ini.

Dalam kenyataan hariannya di laman web Kementerian Kesihatan, Dr Mohd Ismail berkata dua kes penularan tempatan membabitkan pelajar warga Yaman, masing-masing 20 dan 22 tahun, yang dijangkiti daripada kes 63.

Kes terdahulu itu seorang warga Yaman, 24 tahun, yang datang melancong dari Bangkok pada 19 menggunakan penerbangan AirAsia AK 342 (tempat duduk 18E) dan tiba di LCCT pada jam 6.15 petang.

Beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan positif, kelmarin.

Sementara dua rakannya, yang dikelaskan kes tempatan, pelajar yang mengikuti kelas bahasa Inggeris di Asian Life Skill Sdn Bhd di KLCC dan menginap di pangsapuri Vista Komanwel, Bukit Jalil.

Sumber:Malaysiakini

No comments: